Tuesday, December 8, 2015

Jumpa yang Hilang

Hari tu aku mencari Farhana. Kekononnya hilang. Kali ni blog walking, berderet post dia. Hai Farhana. Kita suka baca entry awok.

Semalam ada kawan cerita pasal kawin. Semua orang nak kawin. Baru baru ni borak dengan kawan. Ada yang mengutarakan, dengan keadaan dunia sekarang, takut nak kawin. Bencana alam sana sini. Seperti kiamat semakin dekat.

Hari ni baru saya terpikir. Kiamat tak pernah semakin jauh. Memang betul semakin dekat. Tapi, bila? Hari apa akan kiamat, itu semua rahsia Allah. Empat tahun dulu pon saya terpikir perkara yang sama.

Semasa zaman Matrikulasi (2008), pernah sekali ribut kuat sampai ada jiran bilik atas, turun tangga hampir terbang ditiup angin (ini kisah benar) - masa tu saya dan roommate saksi kejadian tengah bersidai tepi tangga. Kawan dia kemain peluk dia tak nak bagi terbang. Kitorang? hehehehe.........

Masa tu fikir kiamat tak lama lagi. Kiamat tak lama lagi. Dan sekarang, 2015....masih terfikirkan yang kiamat tak lama lagi. Dan ye! Kiamat sesungguhnya semakin mendekati. tak pernah menjauhi.

Kita takut kiamat semakin dekat, tapi kita zahirkan tak dengan amal ibadah kita? *Sentap*

Mak selalu pesan, walau macam mana sukar pon keadaan, kalau boleh solat jangan tinggal. Kalau malas solat, paksa diri. Macam mengaji. Tak faham maksud, tapi kita teruskan baca. Baca dengan terjemahan, Sikit-sikit lama lama jadi bukit. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.

Kan?

Wednesday, November 4, 2015

Hilang

Assalammualaikum..

Hari ni sengaja aku amik cuti. Nak hilangkan serabut kerja yang menimbun. Semalam sebelum balik, ada miscall dari customer. Sengaja tak nak jawab. Tak dapat ke aku, bos aku dia call. Mintak buat itu ini itu. Nak data itu ini itu. Padahal isu ni dah dekat setahun aku feedback. Segala jenis data aku dah bagi. Bila dah meletup, baru sebok-sebok nak buat itu ini itu ini. Aku punya stress dengar memacam dia mintak, terus keluar "Esok saya cuti kak." Kejam. Ye. Tapi.....aku perlukan cuti untuk reset balik.

Ah! kerja dan stress tak dapat dipisahkan. So, yek. Aku cuti. Alang alang cuti, aku pegi klinik gigi. Nasib baik doctor tu comel. Takde la takut sangat. Kalau ditanya ke aku, siapa antara orang orang yang paling aku takut, aku jawab "Doktor Gigi!". Pernah sekali masa zaman Universiti. Dah parking motor dekat klinik gigi. Bila dengar no giliran jalan satu satu, terus aku start motor, dan balik rumah. Takut punya pasal. Kali kedua, nasib bawak Rabiah. Nak cabut balik tak dapat. Kene tahan. Kene paksa. hiu~~

Sebab tu aku sayang Rabiah. Banyak benda aku tak berani buat, aku buat dengan dia. Hari ni aku berani pergi klinik gigi sensorang. Woha!



Pesanan akak: Jaga gigi ye adik-adik!

Hari ni aku mencarik Farhana. Mana kau? Hilang sudah? Blog walking, tapi tak jumpa. Kalau kau baca, nanti komen bawah yek! hihi.

Semangat nak menulis, bila datang...hamek!


Saturday, October 24, 2015

Broga lagik!

Assalammualaikum sumorang !

Misi mendaki bukit Broga setelah dua bulan lebih punya planning menjadi. Weehoooo!


Sebagai pengerusi majlis, saya mintak maap kalau terkurang sana sini naik tak panas badan.....dan menjadi yang paling corot sekali. Bhahahaa. Tahniah kepada Pah dan Ahkak Ikin sebab berjaya mendaki walaupun ini kali pertama diorang. Dan jutaan tahniah (sambil tepuk tangan) kepada Jiah sebab menjadi yang paling bersemangat sekali mendaki. Saka apa ntah dalam badan dia sebab sebelum ni lembik jalan pon nak jatuh. Ooppsss!

Dan buat Biyah dan Lee, tahniah jugak! Oh, Aida tak dapat join sebab dah jadik isteri orang. Hihihi

Dan tak lupa pada hero malaya........Along Jiah sebab datang melawat kawasan bawak asam eskot kami turun. Terima kasih Along! Next time yok !

Dan biasalah....."nak ikut naik lagik tak lepas ni?"
...
...
...
"Taknak!!!" laju diorang jawab. Bhahaha.

Ada orang tanya, "Pegi jejauh naik Broga je?"

Ehem. Tujuan utama adalah untuk meluangkan masa bersama! Broga tu destinasi untuk kebersamaan tu jek. Bukan senang nak kumpol reramai sumbat satu kereta bukak cerita seram angker bersiri edisi Majalah Mastika. Ditambah lagik dengan imaginasi paranormal activity Pah dan Jiah dengan lampu bling bling high beam kereta Saga dan hon dari Myvi. Power!

Terima Kasih sebab sudi luang masa hujung minggu korang ! I lebiu olls.

Jumpa lagik next time.


Adios.

Saturday, February 14, 2015

2015

Assalamualaikum...

Fuh!...Bila baca balik entry-entry lama, terasa macam bebudak sangat. Haha.

Kalau blog ni umpama rumah, dah dimakan dek anai-anai agaknya. Bayangkan lah last entry aku buat adalah Jun 2013. Sekarang dah pertengahan Feb 2015. Setahun lebih tak menulis ni.

Orang yang kerap tanya aku bila nak update blog tu si Mizah tu. Haha. Maap Mizah. Line kat rumah macam malu-malu jek nak bagi aku online.

Okeh. 2015 nak isi dengan cerita-cerita yang matang sikit lah.

Entry kali ni takmau cerita bebanyak. Sekadar pengenalan je yang aku akan mula merepek kat sini. Ceh! Macam comeback laaaaaa..haha. Bagi can sikit.


Next entry baru kita story-story okkeh?


~adios~



*awok yg baca senyap2 tu...saya perati jeeeee.....