Saturday, October 24, 2015

Broga lagik!

Assalammualaikum sumorang !

Misi mendaki bukit Broga setelah dua bulan lebih punya planning menjadi. Weehoooo!


Sebagai pengerusi majlis, saya mintak maap kalau terkurang sana sini naik tak panas badan.....dan menjadi yang paling corot sekali. Bhahahaa. Tahniah kepada Pah dan Ahkak Ikin sebab berjaya mendaki walaupun ini kali pertama diorang. Dan jutaan tahniah (sambil tepuk tangan) kepada Jiah sebab menjadi yang paling bersemangat sekali mendaki. Saka apa ntah dalam badan dia sebab sebelum ni lembik jalan pon nak jatuh. Ooppsss!

Dan buat Biyah dan Lee, tahniah jugak! Oh, Aida tak dapat join sebab dah jadik isteri orang. Hihihi

Dan tak lupa pada hero malaya........Along Jiah sebab datang melawat kawasan bawak asam eskot kami turun. Terima kasih Along! Next time yok !

Dan biasalah....."nak ikut naik lagik tak lepas ni?"
...
...
...
"Taknak!!!" laju diorang jawab. Bhahaha.

Ada orang tanya, "Pegi jejauh naik Broga je?"

Ehem. Tujuan utama adalah untuk meluangkan masa bersama! Broga tu destinasi untuk kebersamaan tu jek. Bukan senang nak kumpol reramai sumbat satu kereta bukak cerita seram angker bersiri edisi Majalah Mastika. Ditambah lagik dengan imaginasi paranormal activity Pah dan Jiah dengan lampu bling bling high beam kereta Saga dan hon dari Myvi. Power!

Terima Kasih sebab sudi luang masa hujung minggu korang ! I lebiu olls.

Jumpa lagik next time.


Adios.