Wednesday, November 4, 2015

Hilang

Assalammualaikum..

Hari ni sengaja aku amik cuti. Nak hilangkan serabut kerja yang menimbun. Semalam sebelum balik, ada miscall dari customer. Sengaja tak nak jawab. Tak dapat ke aku, bos aku dia call. Mintak buat itu ini itu. Nak data itu ini itu. Padahal isu ni dah dekat setahun aku feedback. Segala jenis data aku dah bagi. Bila dah meletup, baru sebok-sebok nak buat itu ini itu ini. Aku punya stress dengar memacam dia mintak, terus keluar "Esok saya cuti kak." Kejam. Ye. Tapi.....aku perlukan cuti untuk reset balik.

Ah! kerja dan stress tak dapat dipisahkan. So, yek. Aku cuti. Alang alang cuti, aku pegi klinik gigi. Nasib baik doctor tu comel. Takde la takut sangat. Kalau ditanya ke aku, siapa antara orang orang yang paling aku takut, aku jawab "Doktor Gigi!". Pernah sekali masa zaman Universiti. Dah parking motor dekat klinik gigi. Bila dengar no giliran jalan satu satu, terus aku start motor, dan balik rumah. Takut punya pasal. Kali kedua, nasib bawak Rabiah. Nak cabut balik tak dapat. Kene tahan. Kene paksa. hiu~~

Sebab tu aku sayang Rabiah. Banyak benda aku tak berani buat, aku buat dengan dia. Hari ni aku berani pergi klinik gigi sensorang. Woha!



Pesanan akak: Jaga gigi ye adik-adik!

Hari ni aku mencarik Farhana. Mana kau? Hilang sudah? Blog walking, tapi tak jumpa. Kalau kau baca, nanti komen bawah yek! hihi.

Semangat nak menulis, bila datang...hamek!


No comments:

Post a Comment