Thursday, May 5, 2016

Kuantan

Semangat pulak nak update blog. hihi

Okeh! Entry kali ni nak cerita pasal Kuantan. Untuk makluman semua, selain Melaka dan Selangor, Kuantan juga merupakan salah satu tempat yang aku selalu pergi (sebab rindukan Mun). 3 4 kali pergi, semua sebab Mun. Cuma kali ni je bukan sebab Mun (bagi can dekat orang lain yep Mun). Muehehe

Masjid Sultan Ahmad Shah

Kali ni, pegi Kuantan dengan Geng2 Bapok's. Sebab apa Bapok's? Ada kisah disebalik nama Bapok's ni dan mungkin akan diceritakan bila semua ahli2 dah berkahwin. (Lee, you better start looking for your love one now! i don't want to keep this story basi).

Geng Bapok's ke Kuantan sebab salah satu ahli dah berkahwin! Alhamdulillah! Jemputan Majlis Perkahwinan Siti Najiah dan pasangan, Muhd Hafez. Selamat Pengantin Baru ye noks! Semoga berkekalan sampai syurga, semoga bahagia selalu, dan yang penting, selamat menjalani alam rumah tangga! Weeeehoooo!

Pasukan dari JB

 Geng Bapok's with Pengantin

Selamat dah di Majlis Siti Najiah. 2 down, 2 taken, and another 3 is complicated. Why so complicated? 

Selesai di Majlis Jiah, kami pon bergerak ke pekan Kuantan untuk check in hotel. Stay satu malam dekat Shahzan Inn. 2 bilik. 1 family room (untuk kami 4 orang ) dan satu double room (untuk Aida dan suami). Selesai check in, plan asal selepas solat bergerak ke Teluk Cempedak nak tengok Sunset. Last2 sunset dalam bilik hotel jeeeeee.....



Oh, sebelum ke Teluk Cempedak, kitorang sempat makan-makan tea time kononnya dekat.......

Kula Cakes

Rasanya kedai ni paling pemes kot dekat Kuantan. Asal datang je, ramai sungguh orang. Power!

Lepas makan-makan, kitorang pon bergerak ke Teluk Cempedak, Sunset yang dari dalam bilik hotel, sekarang kitorang nikmati dalam kereta pulak. haha. Sampai-sampai teluk cempedak, dah malam......

Walaupun malam, mood nak stay tengok pantai tu tetap tak hilang. Dari duduk2 layan perasaan, sampailah keluar macam2 perangai gila masing2. 

Agak-agak dah puas tengok pantai, kitorang bergerak carik makanan. Lokasi dituju adalahhhhhh.....tanjung lumpur. Sebelum ni biah kata mun pernah bawak dia makan sana dan sedap. Aku pon percaya sebab biah memang kuat makan, and mun pon kalau suggest tempat memang power. 

Tak mengecewakan beb!

Siap makan, balik, bersih2, rehat dan tidur.

Eh jap! Rehat dan tidur? Kau ingat semudah tu? Hahahaha

Bila dah kumpul ramai ramai, siap sedia la kau kena intebiu. Kak long aka kak ikin, power beb bab korek rahsia. Aku yang perahsia pemalu peramah funny kelakar pon kalah beb. 

Lama jugak sesi intebiu berlaku. Sampai pukul 1 jugak rasanya, dan memasing pon tidur kroohhhh kroohh krohhhhh. 

Ahad pagi macam biasa, bangun subuh paling awal dan turun sarapan. Erm sarapan dia tak boleh challenge sarapan makcik kafe d'rose. Tetiba sayu dan bersyukur selama ni sarapan kat tempat kerja. 

Lepas je sarapan, semua orang jadi duyung kat swimming pool. Lee dengan aku acah2 tak nak masuk kolam. Kau ingat boleh lepas ke taknak masuk kolam? Akhirnya basah jugakkkkkkk. Kahkahkah

Mandi2 siap2 nak balik. Sebelum balik, isi perut dulu bersama.......Munirahhhh!!!!



Yep. Tak lengkap datang kuantan kalau tak jumpa Munirah ni. Rindu tu lain macam. Rasa nak nangis je. Shroobbs.

Mun bawak pegi makan dekat Maqbib..,yang mana katanya makanan orang2 pahang. Power dia sampai ada orang tu tapau patin masak tempoyak balik JB. Power tak power noks?

Semoga jumpa lagi, Kuantan!

Adios









No comments:

Post a Comment