Tuesday, May 3, 2016

Love and Sorry

Sahabat,
Semoga persahabatan kita tidak seperti bulan,
Nampak cantik, tapi hanya menumpang cahaya si matahari,
Jangan juga seperti cendawan, tumbuhnya selepas hujan,
Tidak jugak seperti pelangi, cantiknya juga hanya selepas hujan. Itu pun hanya sekejap.
Tapi, biarlah seperti air laut,
Walau ada pasang surut, tapi tak pernah kering.

“Kenapa pasang surut tapi tak pernah kering?”

Soalan ini pernah dituju kepada aku pada suatu ketika. Tak ingat bila. Mungkin terlalu mendalam dan tak faham.

Pasang surut nak bagitahu yang dalam mana-mana perhubungan pun *dalam kes ni kawan* akan ada satu saat kita gelak sakan, ada satu saat kita bergaduh. Walau gaduh macam mana pun, sayang tu masih ada.  Ye lah, siapa tak sayang kawan? Meh sini aku cepuk kau!

Ambil contoh aku dengan biyah. Gaduh harini sebab aku sentap dengan dia. Satu hari tak bertegur. Tapi esok, jumpa, dia jeling aku, aku jeling dia, last-last tengok siapa gelak dulu. Lepas tu pukul-pukul, jerit jerit sebab tak puas hati, lepas tu bagitahu apa yang tak puas hati, bagitahu salah dia, walaupon aku salah, aku tetap salahkan dia. Lepas tu baik. Lepas tu gelak-gelak macam semalam tak ada apa-apa. Sebab apa? Sebab sayang. Ramai orang, sejak dari zaman uni sampai zaman berkerja, kata kami berdua “pasangan sejenis”. LOL. Aku suka lelaki kot! Jadahnya nak in-love dekat biyah si gagah perkasa?

Berkawan tu mudah. Tapi nak kekalkan persahabatan tu yang susah. Perlukan banyak pengorbanan. Alaaaaa macam kau dengan boipren/gelpren kau laaaaaaaa. Tapi kat sini kau guna dekat kawan kau. Tipu lah kalau kau tak pernah tacing sentap dengan kawan kau. Contohnya? Gini;

1.        Kau tengah angin nak marah orang, tetiba datang kawan kau jentik telinga kau masa kau tengah serius. Mulut kau ringan dan carutkan dia. Kau marah, dan kawan kau sentap. End up tak bertegur…..

2.      Kau tengah emosi tak stabil *perempuan* dan kawan kau gurau terlebih. Pulak kawan kau tu mulut puaka. Sebelum ni kau OK je. Tapi hari tu sebab kau emosi tak stabil, kau pun carutkan dia. Dia tak sentap, kau sentap seminggu tak bertegur. Kawan kau buat bodoh gelak-gelak macam tak ada apa-apa. Kau tengok dia gumbira, kau lagi sentap. Tambah lagi seminggu kau merajuk. LOL.

3.       Sentap untuk perkara-perkara remeh. Tak ingat besday, tak ingat anibesari dah kawan setahun, tak ingat nak bayar hutang. Mintak hutang pon kau sentap. Bahahhaahhaha

Tapi, perkara-perkara macam ni yang sebenarnya membuatkan kita lebih kenal kawan kita. Dia sentap dengan kita. Oooooo rupanya dia sensetif. Dia asik asik nak badmood je. Ooooo rupanya dia garang. Dia asek asek nak carutkan kita je. Oooooo kaki carut mulut busuk. Tapi ada jenis jenis orang yang kita tak boleh buat kawan. Kau carik lah sendiri sebab lain orang lain perasaaan tak suka ni. *jangan kecam*

Tapi kita kena faham yang setiap orang dicipta berbeza-beza. Sebabnya perbezaan tu yang melengkapi each other. Eceh !

Contohnya kau seorang yang garang. Masa kau nak marah carutkan orang, kawan kau buat lawak kat kau. Dan kau tak jadi nak marah. Masa kau seriyus, dan tetiba tersasul, kawan kau bahan kau. Dah tak jadi seriyus. Dan kalau kau sejenis yang kelakar, masa kau buat kelakar, ketawa terbahak bahak, tapi kawan kau tak ketawa sebab lawak kau hambar, dah tak jadi lawak. Nampak? Saling melengkapi?

Bukan tu je, masa kau tengah emo taip message kat whatsapp group bertalu talu, laju, tetiba typo, eg: hujan jd huhan, kalau jd kalai etc…dan kawan kau bahan kau dari layan emo kau. Terbantut kau nak emo. Kan?

Dan bila berkawan ni, jangan lokek dengan “maaf”.  Tak salah jadi orang yang pemaaf. Tak salah jadi orang yang meminta maaf. Tak salah. Malah, orang-orang yang macam ni, yang susah nak dapat ni yang aku kagum. Susah nak minta maaf. Susah. Seriyus. Tapi, aku kagum dengan keberanian dia meminta maaf. Sebab apa? Sebab dia tolak tepi ego dia. Sebab dia lebihkan rasa sayang dalam hati dia. Kagum. Aku kagum. Dan boleh melaut mata bila dengar orang minta maaf. J

Kepada semua yang membaca, awok semua kawan saya. Walaupun kita tak pernah bertentang mata, andai diri ini pernah mencalarkan, mengguris atau pernah menyentapkan hati anda melalui tulisan, percakapan atau juga perbuatan yang memeluatkan korang semua;

I’m sorry.
Njaluk ngapuro.
Saya minta maaf.

Semoga kita semua masih ada perasaan sayang. Sayang kepada Allah, Sayang kepada Rasul, Sayang kepada Mak dan abah dan sayang kepada saudara.




adios~

No comments:

Post a Comment