Thursday, May 5, 2016

Manusia Aneh

Anehnya manusia, kita-kita. 


Weekend yang lepas ada makan-makan santai-santai dengan kawan sekolah dekat satu kedai. Terperhati satu perkara aneh...yang sangat aneh.

Satu keluarga duduk dalam satu bulatan meja. Mak, Ayah, dan anak-anak. 

Sebelum tu, ternampak jugak dekat sebuah kedai lain, aksi yang sama, orang je lain. Kira 2 kali lah..

Yang mana emaknya.......hisap shisha.

Wait! What? Shisha? Emak? Anak-anak????

Aneh kan?

Dulu, 

Mana pernah nampak mak-mak hisap rokok/berasap depan anak-anak? Dikhalayak umum? Bertudung pulak tu? Selalu nampak pon nenek-nenek hisap rokok daun. Tu pon yang dah putih habis rambut dia.

Bila cakap pasal tudung, akan ada mulut-mulut busuk cakap ---- "Ala, sikit-sikit nak kaitkan dengan tudung. Pakai tudung tak boleh buat tu tak boleh buat ni ke? Paranoid sehhhhhhh".

Sebelum tu, sini akak pesan sikit. Baca dan hadam. 

-Tudung tu sifatnya menutupi. Selain menutupi kepala, tudung tu jugak sepatutnya menutupi aib/sifat kita. Maksudnya MALU. Perempuan dan malu tak boleh berpisah. Contohnya, kau pakai tudung, kau nak masuk disko ke? Mesti kau malu. Kan? Kalau tak malu......aneh kau ni.-


Kau rasa, kau baca ni, kau rasa aneh tak? Aneh kau macam aneh aku? Kau rasa mana silapnya? Aneh kan?


tsunade pakai tudung dah sekarang!





No comments:

Post a Comment