Sunday, September 17, 2017

Nyai

Hi semua..

Sekarang ni banyak betul berita pasal orang kalau tak puas hati je tembak la, bakar la, tikam la, semua la yang ngeri-ngeri. Kenapa? Kenapa?

Biasanya bila berlaku benda-benda macam ni, sebabnya adalah tak dapat kawal perasaan. Tak sabar. Emosi. Geram. Dengki yang amat. Kan? Dari mana punca?

Tak tahu la. Dulu mungkin tak ada. Atau mungkin bukan zaman teknologi canggih macam sekarang semuanya nak viral. Atau cara orang dulu didik anak lain?

Ni aku nak cerita zaman-zaman aku membesar.

Aku membesar dengan nyai (baca nenek). Dari zaman aku 4 tahun, sampailah kena keluar pergi matrikulasi. Nyai seorang yang garang tapi penyayang. Dia sayang tapi dia tak tunjuk. Dan sifat tu menurun kat aku. Aiceh!

Dulu kecik2 kita selalu nak apa yang kita nak. Kalau tak dapat kita nangis. Tapi..kalau kau nangis dengan nyai, alamatnya nahas la kau. Kalau nangis tak berenti wuu wuuu wuuu wuu, maka berbiratlah badan dengan kesan hanger. Nyai kata bising.

Mandi berdua dengan Kuya (adik) bising2 gelak2 kau jirus aku, aku jirus kau, siapa basah dulu, nyanyi2 jerit2 dalam toilet lama2. Nyai datang ketuk pintu kata nak amik baldi. Kitorang bukak terus kena pelangkung dengan senduk dekat dahi. Sorang dua das. Tuk tuk tuk tuk. Senyap. Nyai kata bising mandi tak sudah sudah lama2 sampai kecut jari2 tangan. Benjol la dahi sampai esok sekolah kena pakai sekap sampai bawah.

Main kejar kejar dalam rumah bising2 jerit2, nyai datang dan kata "jogo kue", masa tu nak lari. Tak sempat lari sembunyikan diri, nyai baling tudung periuk style frisbee. Pukkkk kena! Hahahahaha padan muka.

Nyai bawak ikut pergi majlis yasinan dekat rumah jiran. Makan semuanya melahap apa yang ada. Nyai perati. Balik rumah kena kutil kena pukul. Nyai kata pegi rumah orang jangan belawong. Makan sikit2. Dekat rumah bukan kurang makan.

Duduk rumah kampung, dengan nyai, maksudnya kau kena rajin. Sabtu ahad bangun pagi kena cabut rumput keliling rumah. Bersihkan pasu, gosok beranda, buang lumut. Lepas tu sarapan. Lepas sarapan kena sediakan bahan2 untuk nyai masak tengah hari. Lepas makan tengah hari baru boleh tengok tv. Petang2 kena memerun sampah. Kalau duduk melangok depan tv nyai marah. Nyai kata malas. Pernah satu ketika zaman aku rasa memberontak. Aku malas. Nyai kata kalau aku malas nyai nak tikam dengan pisau. Aku merajuk. Aku balik rumah mak. Sehari dua lepas tu nyai datang rumah mak kutip aku balik rumah dia. Sambil aku nangis2 memang nak nyai kutip aku balik. Hahahahahaha

Kalau basuh baju, nyai suruh basuh yg putih dulu. Kalau jemur, jemur kena ikut susunan. Semua jemaah kain batik dulu, baju, seluar dan adik2 kecik yg lain. Tak boleh kain batik, baju, seluar, kain batik, stokin, seluar. Kalau nyai tau, nyai bebel lagi.

Bebelan nyai power sampai kitorang lebih sanggup betulkan ampaian dari dengar nyai sambung bebel.

Garang2 nyai, nyai sayang kitorang. Kalau sakit perut, nyai datang gosokkan. Kalau muntah2 nyai picit2kan. Kalau memalam sakit perut nak berak sebab jamban kat luar bawah pokok rambutan kawasan gelap, nyai bangun temankan sampai sudah. Kalau memalan jerit nangis kena gigit lipan, nyai bangun buatkan ubat.

Garang2 nyai, dia orang yg nangis tak berenti bila aku nak gerak masuk matrik. Dia paling sedih sekali. Salam ciom, sikit pun mata dia tak tentang mata aku. Bila dah naik kereta, akak kata "Nadi, ko buat nyai nangis eh"..terus aku nangis. Tak berenti sampai matrik. Ingat nyai nangis aku lagi nangis.

Garang2 nyai, setiap kali dia balik dari masai (pekan) tak pernah lupa jajan utk kitorang. Dia kata cekelat. Sumi. Biskut nenas.

Garang2 nyai, aku tak pernah suka kalau nyai sakit. Aku nak nyai selamanya sihat. Aku nak nyai selamanya ada. Ah! Zaman muda akal pun tak panjang. Mana ada manusia hidup selamanya.

Nyai marah. Nyai bebel. Nyai pukul. Itu bukan dera. Itu untuk mendidik cucu2 dia yg nakal ni jadi manusia. Jadi orang. Supaya tak besar kepala. Supaya tau adap rumah orang. Supaya tak ego apa kau nak kau dapat.

Mak tak marah? Mak tak pernah marah. Nyai pukul. Nyai bebel. Mak tak pernah marah. Mak lebih garangnya dari nyai. Tanyakan saja kakak2 aku yg duduk dengan mak. Mak garang. Tak pandai baca, kau nahas. Kantoi pegi dating, kau nahas. Fuh!

Sayang anak tangan tangankan. Sayang isteri tinggal tinggalkan.

Masih valid kan kalau nak apply zaman serba canggih sekarang ni?

Adios

Tuesday, June 13, 2017

Kolej Matrikulasi Johor

*****************************************
Masa tu weekend. Kitorang sebilik bersidai dekat tangga sebelah bilik, sambil pandang-pandang gunung ledang. Memang masa tu mendung. Tetiba angin kuat dan kema mula terhuyung hayang. Disebabkan dia keding, kitorang pegang dia takut dia betul2 kena tiup dgn angin. Sambil2 tu berlari masuk bilik sebab angin datang dgn hujan. Masa tu jugak sempat rakam video dgn kecanggihan henpon N73. Yelah. Takut2 kema betul2 terbang.

Sambil masuk bilik terkekek kekek gelakkan situasi yang kelam kabut tadi. Playback video. Bertambah sakit perut terbaring-baring sebab tanpa kitorang perasan, masa kitorang berlari masuk bilik, ada orang tu tudung dia terbang masa dia turun tangga. Tertutup muka. Terakam semua. Adui la berdekak.

******************************************

 "Kau kenapa senyum2 Nadi?" Abah tanya.

Jejak masuk matrikulasi setelah hampir 9 tahun, segenap sudut punya cerita sendiri. Kafe, gazebo, masjid, dataran dan tak terlupakan mesin atm depan kolej yang banyak berjasa. Jugak tasik depan kolej yg punya macam2 cerita. Kawan2 bilik. Kawan2 praktikum. Dan kawan2 kuliah. Kalau jumpa atau terserempak, kenal, tegur lah yek.

Macam munirah. Dia kata selalu nampak aku dekat kafe. Jumpa balik dekat utem. Dia tegur "kmj eh?" Aku yek kan. "Cemana kenal?" Dia kata kafe. So kenal dia. Skrg mcm keluarga sendirik. Dari cerita dia, rupanya kitorang pernah naik gunung sama2. Haih la dunia ni kecik je.

"Teringat dulu2 dating dgn kawan2 dalam ni bah" senyum lagik.

******************************************

Skrg hantar adik bongsu. Belajar elok2 lamci!