Powered By Blogger

Saturday, July 10, 2021

July 2021

Semalam kes positif covid-19 merupakan kes yang tertinggi setakat ni iaitu 9180 kes. Mengarut kan? Apa yang lebih mengarut, Menteri semua bodoh. Pentingkan jawatan, kerja taknak buat, buat pun asal boleh. Untuk jawatan, boleh meeting ASAP sampai buat PC pukul 1pagi. Untuk rakyat, harini anounce untuk anouncement esok yang akan anounce ada lagi anouncement yang lebih details akan dianounce. Jadah!


Aku dari awal tahun tanya ramai orang "kalau riot dosa tak?"


Agak-agak, kalau Mat Kilau, Pahlawan Naning, Kanang Anak Langkau, Tok Janggut masih ada, menteri-menteri ni kena parang tak?


wonder.......





Wednesday, March 24, 2021

Ada sesuatu yang baru!

 Hey Korang!


Akhirnya aku gagahkan jugak diri ini untuk pakai pendakap gigi. Harini merupakan hari kedua aku dengan pendakap gigi.


Perasaan aku?


Dia takda la sakit sampai kena makan pain killer. Tapi sengal-sengal dekat gigi, gusi dan yang pasti gigi memang sensitif gila babi. Malam semalam (day 1 aku pasang pendakap gigi) aku masak ayam kicap tiga budak gemuk sebab aku rasa gigi aku tak sakit cuma sengal-sengal je. Jadi aku rasa aku boleh la kokakkan ayam tersebut. Nasi jangan cerita sebab dia lembut. Lagi la aku rasa aku boleh kunyah macam biasa.

Tapi!

Plot twist ya! Aku langsung-langsung tak boleh nak gigit guna gigi depan! 

Takpa! Aku tolak nasi tu ke belakang. 

Eh!!!!! Sama jugak! Tak boleh kunyah ya! Semua pakat sakit bila berlaga. Ya Tuhan! Aku cuma boleh kemam, tolak nasi ke lelangit, dan telan. 

Ayam masak kicap tiga budak gemuk yang sedap tadi apa jadi?? 

Aku suruh housemate makan habiskan. Nampak sedap la ayam aku tu...hiuhiuhiu


Pada hari kedua, aku semestinya la dah belajar dan tidak lagi degil. Aku tapau dua mangkuk bubur Marrybrown! Selamat masuk perut semuanya! hahahaha. Tapi, bab ayam dia memang gigih la nak hancurkan pakai lelangit sebab gigi masih sensitif. Kriuk-kriuk yang dia bagi pun, walau dah lama terendam dalam bubur pun aku masih tak boleh kunyah. Ya Tuhan..Selama ini aku tak bersyukur dengan nikmat gigi dan gusi yang tak sensitif. 

Oh ya. Kenapa aku pakai pendakap gigi?

Sebab gigi aku jarang-jarang macam pagar yang rosak. Mula-mula jarangnya nampak sikit je. Tak ketara sangat. Tapi sejak dah meningkat usia, kejarangan gigi aku dah semakin membesar, umpama satu gigi aku takda. Kalau tempat jarang tu dekat belah dalam aku tak kisah. Ini betul-betul dekat depan! Sungguh tidak yakin ya aku untuk tersengin-sengih kambing!

Maka, aku pun dengan berat hatinya membuat keputusan untuk pasang pendakap gigi ni. 

Dah dua hari pakai ni, aku terkenang-kenang aku gigit kukis cekelat. Makan ayam. Gigit ais. Makan Popcorn. Nasi kandar hijrah! 

Sekarang semua itu hanya tinggal kenangan. 


Jumpa lagi tiga tahun ya!


Korang pakai pendakap gigi tak? Cuba komen pengalaman sikit!


p/s: nak gambaq? Tunggu lepas dah tersusun cantik semuanya, dah bukak, kita tunjuk Ok?


adios!

Monday, March 8, 2021

Level Up! Upgrade skill!

 Hai korang,

Semoga sihat dan baik2 okay!


Aku tengah buat survey ni. Nak tolong?


Skill apa yang korang amik diluar waktu belajar atau yang dah abis belajar dan tengah bekerja, ada ke amik kos untuk upgrade anything yang related dengan bidang kerja? Contohnya 6sigma ke, programing language ke, kelas jahit ke, anything la...


Kalau ada, ce komen sikit kalau rajin okay! 


hik!

Adulthood is scary!!

Hai korang!'

Sihat tak? Semua OK? Ok jom aku nak bebel..

Tahun 2020 yang lepas ni banyak cabaran bagi aku.

Selain covid, banyak jugak peristiwa-peristiwa yang bertapak dalam hidup aku, contohnya bff kawin, kawan ofis ramai berhenti dan melebarkan kerjaya dekat tempat baru, krisis kehidupan single, housemate dari paya, memulakan hidup baru dekat rumah baru dan jugak tambah komitmen baru.

Fuh! banyakkan?! 

Tapi, walau seram macam manapun kehidupan ini, kena jugak kita hadap kan?

Tahun 2021, semoga semuanya baik!



Bebel sikit: ada orang, dengar cerita aku upload unboxing grill pan pun dia boleh kata "show off much!" padahal tak friend langsung dengan aku. Aku nak show off mende dekat kau..sis, jealousy is a disease. Repair hati tu dan move on! tak payah sibuk dok korek story IG aku lulz..


Saturday, September 5, 2020

2020

Hai korang !


Ingat lagi tak masa sekolah dulu subjek PSV selalu suruh kita gambarkan wawasan 2020 dan lukis?


Lukisan mesti wajib ada:

1. Bangunan tinggi

2. Kereta terbang

3. UFO berlegar

4. Teknologi canggih

..

..


Dan sekarang kita dah pun sampai tahun 2020. Kita semua cuma merasa 3 bulan pertama je. Dan kemudian, Covid-19 menyerang seluruh dunia.


Apa yang ada dengan 2020 selepas itu?


(Kredit : Google)

https://www.studyfinds.org/study-widespread-face-mask-use-is-best-way-to-prevent-another-covid-19-wave/


Kuarantin dan face mask!


Stay safe everyone!


Semoga Covid-19 ni cepat berlalu....dan kita dah tak perlu pakai facemask, takda maskne (mask acne)...

..

..

 dan yang penting..


saya boleh nampak manisnya senyuman awak! hik!





see ya!


Sunday, August 9, 2020

Hi 30!

Oh hai korang!


Umur 30,
Perempuan,
Tak kahwin lagi,


Apa soalan lazim kita dapat?


"Bila nak kahwin?"

Selain kahwin, apa benda kita boleh buat?

Banyak kan?

So, takpayah serabut fikir pasal kahwin, sebab kalau dah jodoh tak kemana...kan?

ecehhhhhhhh hahhahaha


p/s: kekadang benda ni mengacau fikiran, kan?





-kalau korang baca, bagi sikit kata semangat gais-

Wednesday, May 22, 2019

Pembersihan

Hi

Dah senyum tak harini?

Haih...*tarik nafas dalam dan lepaskan.

Kalau korang semua perasan, aku delete semua post2 lama aku since 2011...

Tak sayang? Sayang.

Kenapa delete? Sebab nak sesuatu yang baru dan fresh..

Post lama bila aku baca balik, boleh menampakkan perjalanan umur aku dari budak-budak kepada sedikit remaja yang matang, kepada usia dewasa. Ya, aku sudah dewasa. Tapi kebanyakkan post adalah dari zaman aku belajar, so maksudnya banyak post2 yang tak matang dengan susunan ayat yang menggelikan bila aku baca balik. Haha. Malu juga.

Jadi, mengapa ini semua terjadi?

Tak ada kenapa kenapa. Aku cuma mahu yang baru. Aku yang baru. Hahahaha tolonglah ketawa walaupun hambar.

Jadi, sila sediakan diri korang semua dengan post2 mengarut aku.

Eh kejap...

Masih ada ke orang yang baca blog zaman sekarang ni selain blog2 gosip tu?

Masih ke?

.
.
.
.
.

Kita mula sama-sama okay?




-Adios-