Tuesday, December 8, 2015

Jumpa yang Hilang

Hari tu aku mencari Farhana. Kekononnya hilang. Kali ni blog walking, berderet post dia. Hai Farhana. Kita suka baca entry awok.

Semalam ada kawan cerita pasal kawin. Semua orang nak kawin. Baru baru ni borak dengan kawan. Ada yang mengutarakan, dengan keadaan dunia sekarang, takut nak kawin. Bencana alam sana sini. Seperti kiamat semakin dekat.

Hari ni baru saya terpikir. Kiamat tak pernah semakin jauh. Memang betul semakin dekat. Tapi, bila? Hari apa akan kiamat, itu semua rahsia Allah. Empat tahun dulu pon saya terpikir perkara yang sama.

Semasa zaman Matrikulasi (2008), pernah sekali ribut kuat sampai ada jiran bilik atas, turun tangga hampir terbang ditiup angin (ini kisah benar) - masa tu saya dan roommate saksi kejadian tengah bersidai tepi tangga. Kawan dia kemain peluk dia tak nak bagi terbang. Kitorang? hehehehe.........

Masa tu fikir kiamat tak lama lagi. Kiamat tak lama lagi. Dan sekarang, 2015....masih terfikirkan yang kiamat tak lama lagi. Dan ye! Kiamat sesungguhnya semakin mendekati. tak pernah menjauhi.

Kita takut kiamat semakin dekat, tapi kita zahirkan tak dengan amal ibadah kita? *Sentap*

Mak selalu pesan, walau macam mana sukar pon keadaan, kalau boleh solat jangan tinggal. Kalau malas solat, paksa diri. Macam mengaji. Tak faham maksud, tapi kita teruskan baca. Baca dengan terjemahan, Sikit-sikit lama lama jadi bukit. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.

Kan?