Sunday, July 24, 2016

Terkena!

This is not about shoes.
This is not about branded item.
This is not about myself.

This is a story about friendship.

What a smooth plan.

Kesimpulan cerita dia macam ni. Aku terkejut terkena kejutan yang memang tak dijangka pada hari perkahwinan Fifa. Yang terpaling buat aku bergenang kelopak mata, pengantin tinggalkan sekejap tetamu kawan2 dan rakan2 semata-mata nak nyanyi dan bagi hadiah belated besday dekat luar dewan. Dan aku paling terkejut sebab aku tak dapat tangkap diorang nak nyanyi birthday song sampai la diorang cakap "1 2 3 happy birthday to youuuuu....".

Seingat aku, plan lepas count 1 2 3 tu adalah untuk seprisekan pengantin dengan koleksi gambar2 huduh dia.

Thank you friends! Bukan senang nak buat kejutan dekat seorang nadia sebab nadia selalunya dapat hidu kejutan sebelum ia jadi sebuah kejutan. Sebab tu aku tak suka kejutan sebab selalunya tak menjadik dan tak tau nak bagi reaksi apa. Lulz.

Persahabatan yang baru nak masuk tahun kedua dah terasa lama macam kenal dari dalam perut ibu mengandung!

I love you olls. Ikhlas dari hati.

Adios

Thursday, May 5, 2016

Manusia Aneh

Anehnya manusia, kita-kita. 


Weekend yang lepas ada makan-makan santai-santai dengan kawan sekolah dekat satu kedai. Terperhati satu perkara aneh...yang sangat aneh.

Satu keluarga duduk dalam satu bulatan meja. Mak, Ayah, dan anak-anak. 

Sebelum tu, ternampak jugak dekat sebuah kedai lain, aksi yang sama, orang je lain. Kira 2 kali lah..

Yang mana emaknya.......hisap shisha.

Wait! What? Shisha? Emak? Anak-anak????

Aneh kan?

Dulu, 

Mana pernah nampak mak-mak hisap rokok/berasap depan anak-anak? Dikhalayak umum? Bertudung pulak tu? Selalu nampak pon nenek-nenek hisap rokok daun. Tu pon yang dah putih habis rambut dia.

Bila cakap pasal tudung, akan ada mulut-mulut busuk cakap ---- "Ala, sikit-sikit nak kaitkan dengan tudung. Pakai tudung tak boleh buat tu tak boleh buat ni ke? Paranoid sehhhhhhh".

Sebelum tu, sini akak pesan sikit. Baca dan hadam. 

-Tudung tu sifatnya menutupi. Selain menutupi kepala, tudung tu jugak sepatutnya menutupi aib/sifat kita. Maksudnya MALU. Perempuan dan malu tak boleh berpisah. Contohnya, kau pakai tudung, kau nak masuk disko ke? Mesti kau malu. Kan? Kalau tak malu......aneh kau ni.-


Kau rasa, kau baca ni, kau rasa aneh tak? Aneh kau macam aneh aku? Kau rasa mana silapnya? Aneh kan?


tsunade pakai tudung dah sekarang!





Tuesday, May 3, 2016

Love and Sorry

Sahabat,
Semoga persahabatan kita tidak seperti bulan,
Nampak cantik, tapi hanya menumpang cahaya si matahari,
Jangan juga seperti cendawan, tumbuhnya selepas hujan,
Tidak jugak seperti pelangi, cantiknya juga hanya selepas hujan. Itu pun hanya sekejap.
Tapi, biarlah seperti air laut,
Walau ada pasang surut, tapi tak pernah kering.

“Kenapa pasang surut tapi tak pernah kering?”

Soalan ini pernah dituju kepada aku pada suatu ketika. Tak ingat bila. Mungkin terlalu mendalam dan tak faham.

Pasang surut nak bagitahu yang dalam mana-mana perhubungan pun *dalam kes ni kawan* akan ada satu saat kita gelak sakan, ada satu saat kita bergaduh. Walau gaduh macam mana pun, sayang tu masih ada.  Ye lah, siapa tak sayang kawan? Meh sini aku cepuk kau!

Ambil contoh aku dengan biyah. Gaduh harini sebab aku sentap dengan dia. Satu hari tak bertegur. Tapi esok, jumpa, dia jeling aku, aku jeling dia, last-last tengok siapa gelak dulu. Lepas tu pukul-pukul, jerit jerit sebab tak puas hati, lepas tu bagitahu apa yang tak puas hati, bagitahu salah dia, walaupon aku salah, aku tetap salahkan dia. Lepas tu baik. Lepas tu gelak-gelak macam semalam tak ada apa-apa. Sebab apa? Sebab sayang. Ramai orang, sejak dari zaman uni sampai zaman berkerja, kata kami berdua “pasangan sejenis”. LOL. Aku suka lelaki kot! Jadahnya nak in-love dekat biyah si gagah perkasa?

Berkawan tu mudah. Tapi nak kekalkan persahabatan tu yang susah. Perlukan banyak pengorbanan. Alaaaaa macam kau dengan boipren/gelpren kau laaaaaaaa. Tapi kat sini kau guna dekat kawan kau. Tipu lah kalau kau tak pernah tacing sentap dengan kawan kau. Contohnya? Gini;

1.        Kau tengah angin nak marah orang, tetiba datang kawan kau jentik telinga kau masa kau tengah serius. Mulut kau ringan dan carutkan dia. Kau marah, dan kawan kau sentap. End up tak bertegur…..

2.      Kau tengah emosi tak stabil *perempuan* dan kawan kau gurau terlebih. Pulak kawan kau tu mulut puaka. Sebelum ni kau OK je. Tapi hari tu sebab kau emosi tak stabil, kau pun carutkan dia. Dia tak sentap, kau sentap seminggu tak bertegur. Kawan kau buat bodoh gelak-gelak macam tak ada apa-apa. Kau tengok dia gumbira, kau lagi sentap. Tambah lagi seminggu kau merajuk. LOL.

3.       Sentap untuk perkara-perkara remeh. Tak ingat besday, tak ingat anibesari dah kawan setahun, tak ingat nak bayar hutang. Mintak hutang pon kau sentap. Bahahhaahhaha

Tapi, perkara-perkara macam ni yang sebenarnya membuatkan kita lebih kenal kawan kita. Dia sentap dengan kita. Oooooo rupanya dia sensetif. Dia asik asik nak badmood je. Ooooo rupanya dia garang. Dia asek asek nak carutkan kita je. Oooooo kaki carut mulut busuk. Tapi ada jenis jenis orang yang kita tak boleh buat kawan. Kau carik lah sendiri sebab lain orang lain perasaaan tak suka ni. *jangan kecam*

Tapi kita kena faham yang setiap orang dicipta berbeza-beza. Sebabnya perbezaan tu yang melengkapi each other. Eceh !

Contohnya kau seorang yang garang. Masa kau nak marah carutkan orang, kawan kau buat lawak kat kau. Dan kau tak jadi nak marah. Masa kau seriyus, dan tetiba tersasul, kawan kau bahan kau. Dah tak jadi seriyus. Dan kalau kau sejenis yang kelakar, masa kau buat kelakar, ketawa terbahak bahak, tapi kawan kau tak ketawa sebab lawak kau hambar, dah tak jadi lawak. Nampak? Saling melengkapi?

Bukan tu je, masa kau tengah emo taip message kat whatsapp group bertalu talu, laju, tetiba typo, eg: hujan jd huhan, kalau jd kalai etc…dan kawan kau bahan kau dari layan emo kau. Terbantut kau nak emo. Kan?

Dan bila berkawan ni, jangan lokek dengan “maaf”.  Tak salah jadi orang yang pemaaf. Tak salah jadi orang yang meminta maaf. Tak salah. Malah, orang-orang yang macam ni, yang susah nak dapat ni yang aku kagum. Susah nak minta maaf. Susah. Seriyus. Tapi, aku kagum dengan keberanian dia meminta maaf. Sebab apa? Sebab dia tolak tepi ego dia. Sebab dia lebihkan rasa sayang dalam hati dia. Kagum. Aku kagum. Dan boleh melaut mata bila dengar orang minta maaf. J

Kepada semua yang membaca, awok semua kawan saya. Walaupun kita tak pernah bertentang mata, andai diri ini pernah mencalarkan, mengguris atau pernah menyentapkan hati anda melalui tulisan, percakapan atau juga perbuatan yang memeluatkan korang semua;

I’m sorry.
Njaluk ngapuro.
Saya minta maaf.

Semoga kita semua masih ada perasaan sayang. Sayang kepada Allah, Sayang kepada Rasul, Sayang kepada Mak dan abah dan sayang kepada saudara.




adios~

Friday, April 22, 2016

Kenapa sentap?

Update tweet/status

Nak acah-acah marah dengan orang atas.

Orang lain sentap. Terasa.

Tak bertegur.

Masalah.


Dengan kecanggihan teknologi sekarang, kebebasan melontarkan idea tidak dapat dibendung. Orang ramai kononnya berhak melontarkan pandangan dan idea. Tapi jangan lah marah kalau pandangan kita, pemahaman kita tak sama. 

Kau boleh luah kau punya pandangan, orang lain tak boleh? Aneh kau ni.


Yang Pertama

Lemau dah sekarang nak update blog. Sibuk memanjang. 

Orang kata yang pertama adalah yang bersejarah. Kan? Jadi yang kat bawah ni adalah gambar pertama diambil. Bau kedai kata orang. Haha. 

Puas hati. Alhamdulillah. Hadiah diri sendiri kata orang :)





Nak update pasal Lombok, Penang dan segala hal. Tapi sekadar angan-angan. Takda masa hoi!



Tuesday, December 8, 2015

Jumpa yang Hilang

Hari tu aku mencari Farhana. Kekononnya hilang. Kali ni blog walking, berderet post dia. Hai Farhana. Kita suka baca entry awok.

Semalam ada kawan cerita pasal kawin. Semua orang nak kawin. Baru baru ni borak dengan kawan. Ada yang mengutarakan, dengan keadaan dunia sekarang, takut nak kawin. Bencana alam sana sini. Seperti kiamat semakin dekat.

Hari ni baru saya terpikir. Kiamat tak pernah semakin jauh. Memang betul semakin dekat. Tapi, bila? Hari apa akan kiamat, itu semua rahsia Allah. Empat tahun dulu pon saya terpikir perkara yang sama.

Semasa zaman Matrikulasi (2008), pernah sekali ribut kuat sampai ada jiran bilik atas, turun tangga hampir terbang ditiup angin (ini kisah benar) - masa tu saya dan roommate saksi kejadian tengah bersidai tepi tangga. Kawan dia kemain peluk dia tak nak bagi terbang. Kitorang? hehehehe.........

Masa tu fikir kiamat tak lama lagi. Kiamat tak lama lagi. Dan sekarang, 2015....masih terfikirkan yang kiamat tak lama lagi. Dan ye! Kiamat sesungguhnya semakin mendekati. tak pernah menjauhi.

Kita takut kiamat semakin dekat, tapi kita zahirkan tak dengan amal ibadah kita? *Sentap*

Mak selalu pesan, walau macam mana sukar pon keadaan, kalau boleh solat jangan tinggal. Kalau malas solat, paksa diri. Macam mengaji. Tak faham maksud, tapi kita teruskan baca. Baca dengan terjemahan, Sikit-sikit lama lama jadi bukit. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.

Kan?

Wednesday, November 4, 2015

Hilang

Assalammualaikum..

Hari ni sengaja aku amik cuti. Nak hilangkan serabut kerja yang menimbun. Semalam sebelum balik, ada miscall dari customer. Sengaja tak nak jawab. Tak dapat ke aku, bos aku dia call. Mintak buat itu ini itu. Nak data itu ini itu. Padahal isu ni dah dekat setahun aku feedback. Segala jenis data aku dah bagi. Bila dah meletup, baru sebok-sebok nak buat itu ini itu ini. Aku punya stress dengar memacam dia mintak, terus keluar "Esok saya cuti kak." Kejam. Ye. Tapi.....aku perlukan cuti untuk reset balik.

Ah! kerja dan stress tak dapat dipisahkan. So, yek. Aku cuti. Alang alang cuti, aku pegi klinik gigi. Nasib baik doctor tu comel. Takde la takut sangat. Kalau ditanya ke aku, siapa antara orang orang yang paling aku takut, aku jawab "Doktor Gigi!". Pernah sekali masa zaman Universiti. Dah parking motor dekat klinik gigi. Bila dengar no giliran jalan satu satu, terus aku start motor, dan balik rumah. Takut punya pasal. Kali kedua, nasib bawak Rabiah. Nak cabut balik tak dapat. Kene tahan. Kene paksa. hiu~~

Sebab tu aku sayang Rabiah. Banyak benda aku tak berani buat, aku buat dengan dia. Hari ni aku berani pergi klinik gigi sensorang. Woha!



Pesanan akak: Jaga gigi ye adik-adik!

Hari ni aku mencarik Farhana. Mana kau? Hilang sudah? Blog walking, tapi tak jumpa. Kalau kau baca, nanti komen bawah yek! hihi.

Semangat nak menulis, bila datang...hamek!